Tuesday 12 July 2011

Sinopsis Jurnal

Sinopsis Jurnal

Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah


Pengenalan
Perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah menuntut pelbagai pembaharuan dan cabaran secara komprehensif (Samuel & Zaitun, 2007 ).

Tujuan Kajian
Mengenal pasti sikap guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah Bintulu, Sarawak.

Objektif Kajian
Mengenal pasti sikap guru-guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Mengenal pasti perbezaan sikap guru-guru bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik dan dijalankan di sekolah-sekolah rendah di bahagian Bintulu, Sarawak bagi melihat sikap guru-guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpulkan data.

Sampel Kajian
Sampel dalam kajian ini melibatkan 105 orang guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Pemilihan ini berdasarkan 58 orang guru dari sekolah kebangsaan (SK) dan 47 orang guru dari sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Bintulu, Sarawak.

Analisis Data
Data kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan Program SPSS. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profil responden dan analisis soal selidik terhadap guru, pengetahuan, dan kemahiran guru-guru mata pelajaran bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Statistik deskriptif yang digunakan adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

Kajian Rintis
Kajian rintis ini telah dijalankan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik. Bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen, penyelidik menjalankan kajian rintis ke atas 30 orang guru bahasa Melayu dari 2 buah sekolah rendah di Bintulu. Data ujian rintis itu kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan Pekali Alpha Cronbach.

Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah baik iaitu berada dalam tahap tinggi dan sederhana.

Pengalaman mengikuti kursus didapati mengubah sikap guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dan ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peluang terbatas mengikuti kursus ICT menyebabkan guru bahasa Melayu merasakan tertinggal dari aspek pengaplikasian ICT.

Guru-guru didapati bersikap kurang pasti terhadap penggunaan ICT untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Kesimpulan
Kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang ICT harus dipantau dan dikenal pasti dengan kadar segera supaya dapat diberi kursus atau latihan ICT. Di samping itu, guru-guru bahasa Melayu harus mengambil inisiatif sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT supaya dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran.

Sunday 10 July 2011

Aktiviti Sekolah

  Sambutan Maulidur Rasul


 Pertandingan Bercerita Tahap 2


Larian  1 Malaysia



Pertandingan Mewarna










Thursday 7 July 2011

Komputer

Komputer merupakan mesin berprogram yang direka untuk membaca dan mencetuskan urutan sebuah senarai dari arahan yang membuatkan ia melakukan operasi arimetikal dan logikal pada angka binari. Konvensyennya komputer terdiri dari sesetengah bentuk dari terma pendek atau panjang memori untuk penyimpanan data dan sebuah unit pusat pemproses, iaitu berfungsi sebagai unit kawalan dan mengandungi unit logik arimetik. Pinggiran (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan bagi membenarkan komputer untuk menerima input luar dan output siaran.
Unit pemproses komputer mencetuskan siri arahan yang membuatkan ia membaca, memanipulasi dan kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan loncat membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan oleh itu mencetuskan arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu atau persekitarannya.
Komputer tersebut boleh juga membalas untuk mencelah yang membuatkan ia mencetus set spesifik arahan dan kemudian kembali dan teruskan apa yang ianya buat sebelum pencelahan.
Komputer elektronik pertama telah dibangunkan pada pertengahan abad ke-20 (1940-1945). Asalnya, mereka merupakan saiz dari bilik besar, menelan banyak kuasa seperti beberapa ratus komputer peribadi (PC) moden.
Komputer moden berdasarkan pada litar integrasi adalah berjuta hingga berbilion kali lebih berupaya berbanding mesin awal, dan menduduki sedikit dari ruang. Komputer awal adalah cukup kecil untuk memuat ke dalam alat bergerak, dan boleh dikuasakan oleh bateri kecil. Komputer peribadi dalam berbagai bentuk dari mereka adalah ikon dari Zaman Informasi dan apa yang kebanyakan orang fikir sebagai "komputer". Bagaimanapun, komputer bertatah dijumpai dalam kebanyakan kebanyakan alat dari pemain MP3 kepada jet pejuang dan dari permainan kepada industri robot adalah yang paling banyak.

Malu bertanya sesat jalan.Malas berkayuh perahu hanyut.

Sebelum anda sesat dan hanyut memang ada baiknya bertanya pada mereka yang nampaknya lebih berjaya.Apakah rahsia mereka? Namun selalunya mereka ini akan menggelengkan kepala seratus peratus.Mereka takut setelah anda tahu anda  akan jadi pesaing mereka pula.Tetapi jangan risau,dengan teknik belajar yang bakal anda miliki, kemuskilan anda akan terjawab.Tidak kira samada di peringkat rendah, menengah, matrikulasi, kolej atau universiti.Bersedialah untuk mengejutkan kawan-kawan anda kali ini.

Friday 10 June 2011

Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan ICT

Teknologi maklumat dapat membantu guru-guru dalam pengajaran. Melalui ICT ia dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia yang dapat membantu menyediakan bahan-bahan latihan yang baik, dapat mengadakan simulasi, dapat menganalisis maklumat yang sedia ada yang membolehkan guru menggunakan teknologi untuk pembelajaran. 

Berikut adalah jurnal yang bertajuk;

"Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak
(The Attitudes of Malay Language Teachers Towards the Usage of Information Technology and Communication (ICT) in Teaching Primary School in Bintulu, Sarawak)
oleh :

Melvina Chung Hui Ching
Jamaludin Badusah

Wednesday 8 June 2011

Cara Mudah Membina Blog

Langkah yang pertama, anda mesti mempunyai email. Bagi mendaftar dalam Blogger, anda mestilah mendaftar dengan gmail


Lengkapkan bahagian yang perlu diisi dan apabila telah selesai, pengesahan akan diterima di dalam email anda

Taipkan perkataan blogger dalam carian google anda

Klik perkataan Create your free Blog

Di dalam paparan di atas, masukkan alamat email anda dan password, kemudian klik butang Sign in

Isikan maklumat yang diperlukan

Isikan word verification, klik ruangan I accept the terms of service dan klik anak panah continue

Isikan nama yang anda mahu untuk dipaparkan pada blog anda. Isikan juga blog address (URL) dan klik butang check availability. Jika nama yang anda inginkan telah digunakan oleh orang lain, senarai nama yang dicadangkan akan dipaparkan. Sekiranya nama yang anda inginkan tidak digunakan oleh orang lain, anda boleh ke langkah seterusnya dengan menekan anak panah continue

Langkah seterusnya ialah dengan memilih paparan grafik atau template yang anda suka, setelah selesai membuat pilihan teruskan dengan menekan anak panah continue

Paparan di atas akan keluar sekiranya anda telah berjaya mendaftarkan blog anda. Klik anak panah start blogging untuk memulakan blog anda

Sekarang anda boleh mula membuat posting dan memilih paparan yang lain. Untuk melihat hasil blog yang telah anda buat, klik sahaja view blog. Apa yang dipaparkan akan dapat dikongsikan dengan rakan - rakan anda dengan memberitahu mereka alamat atau URL anda. Selamat mencuba

Monday 6 June 2011

Aplikasi ICT Dalam Pendidikan

Sememangnya kita tidak dapat menafikan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat begitu penting dalam sistem pendidikan kita pada zaman moden ini. Melalui penggunaan teknologi ICT khususnya internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses pengajaran dan penbelajaran (P&P).

Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat lebih 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003. Dengan demikian, terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002).

Maklumat di atas jelas menunjukkan penggunaan internet ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia. Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan seperti berikut:
  • Dapat menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan Oliver and Short, (1997)
  • Dapat menyokong memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan Kennedy and McNaught, (1997)
  • Dapat menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam kontek sumber asli Lafley, Tupper and Musser, (1998)
Menurut Charp (2000) pula, kemajuan ICT atau internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahaja mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi.