Monday 6 June 2011

Aplikasi ICT Dalam Pendidikan

Sememangnya kita tidak dapat menafikan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat begitu penting dalam sistem pendidikan kita pada zaman moden ini. Melalui penggunaan teknologi ICT khususnya internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses pengajaran dan penbelajaran (P&P).

Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat lebih 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003. Dengan demikian, terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002).

Maklumat di atas jelas menunjukkan penggunaan internet ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia. Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan seperti berikut:
  • Dapat menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan Oliver and Short, (1997)
  • Dapat menyokong memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan Kennedy and McNaught, (1997)
  • Dapat menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam kontek sumber asli Lafley, Tupper and Musser, (1998)
Menurut Charp (2000) pula, kemajuan ICT atau internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahaja mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi.

3 comments: