Tuesday 12 July 2011

Sinopsis Jurnal

Sinopsis Jurnal

Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah


Pengenalan
Perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah menuntut pelbagai pembaharuan dan cabaran secara komprehensif (Samuel & Zaitun, 2007 ).

Tujuan Kajian
Mengenal pasti sikap guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah Bintulu, Sarawak.

Objektif Kajian
Mengenal pasti sikap guru-guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Mengenal pasti perbezaan sikap guru-guru bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik dan dijalankan di sekolah-sekolah rendah di bahagian Bintulu, Sarawak bagi melihat sikap guru-guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpulkan data.

Sampel Kajian
Sampel dalam kajian ini melibatkan 105 orang guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Pemilihan ini berdasarkan 58 orang guru dari sekolah kebangsaan (SK) dan 47 orang guru dari sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Bintulu, Sarawak.

Analisis Data
Data kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan Program SPSS. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profil responden dan analisis soal selidik terhadap guru, pengetahuan, dan kemahiran guru-guru mata pelajaran bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Statistik deskriptif yang digunakan adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

Kajian Rintis
Kajian rintis ini telah dijalankan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik. Bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen, penyelidik menjalankan kajian rintis ke atas 30 orang guru bahasa Melayu dari 2 buah sekolah rendah di Bintulu. Data ujian rintis itu kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan Pekali Alpha Cronbach.

Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah baik iaitu berada dalam tahap tinggi dan sederhana.

Pengalaman mengikuti kursus didapati mengubah sikap guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dan ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peluang terbatas mengikuti kursus ICT menyebabkan guru bahasa Melayu merasakan tertinggal dari aspek pengaplikasian ICT.

Guru-guru didapati bersikap kurang pasti terhadap penggunaan ICT untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Kesimpulan
Kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang ICT harus dipantau dan dikenal pasti dengan kadar segera supaya dapat diberi kursus atau latihan ICT. Di samping itu, guru-guru bahasa Melayu harus mengambil inisiatif sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT supaya dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran.

3 comments:

  1. Penggunaan ICT amat penting sekarang ini di dalam P&P.Kita perlu senantiasa mengikut peredaran masa.

    ReplyDelete
  2. ict mempermudahkan banyak perkara..gunalah ia dengan bijaksana..jom follow blog sy.tq

    ReplyDelete